Khamis, 27 Oktober 2011

Kita pula, bagaimana?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






Memetik sedikit maklumat yang terpahat dalam bahagian pengantar buku ini;
"Sesungguhnya para Salaf Salihin Ridwanullahi 'alaihim telah berbeza pendapat, namun perbezaan pendapat itu tidak menyebabkan persengketaan di antara mereka, kerana kesatuan hati mereka mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya mereka terselamat dari penyakit-penyakit jiwa, walaupun ada yang ditimpa oleh penyakit anggota." (halaman xvi)

Jadi, kita pula bagaimana?

Rabu, 26 Oktober 2011

APA YANG KITA TULIS?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






"Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis,"
(al-Qalam : 1)

Selain setiap tutur kata dan bicara yang kita ungkapkan, setiap huruf dan patah perkataan  yang kita lakarkan juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.Berhati-hatilah kita dalam memahat kata dan aksara.

Selasa, 25 Oktober 2011

PERSPEKTIF MINDA



(gambar dipetik daripada sisipan 'eLAB' Utusan Malaysia)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Adakalanya kita sama-sama bersetuju dalam sesuatu perkara. Namun adakalanya tidak. Setiap kita masing-masingnya mempunyai perspektif  dan arah pemikiran yang berbeza. Yang penting bagaimana kita menghormati dan menyanggah sesuatu perbezaan itu dengan penuh berhemah dan bernas.

PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Pukul 12.10 malam, 25 Oktober 2011, blog MemahatKata ditubuhkan. Sekadar tempat untuk merakam kata yang terlintas di minda. Kata-kata yang merakam kehidupan melalui pelbagai perspektif. Ringkas dan mudah-mudahan bermanfaat.